Tahi Cicak

Tuesday, April 27, 2010 by Indra
Berikut adalah entri versi marah.
Hari ni gua panas hati dengan satu kelas gua ni. Bukan semua, ada diantaranya gua gelar penghibur, pandai berjenaka dan pandai juga mengambil hati. Nak ambil hati gua bukan susah sedara, tanya soalan kalau tak faham. Hati pendidik gua ni mesti cair, lebih cair dari digoda gadis atau wanita cantik.

Tetapi dicelah-celah yang baik-baik dan yang menyenangkan ni, seperti biasa, pasti ada virus yang menyebabkan kebencian.

Pertama, datang lewat dari gua. Gua dah lewat sebab sakit perut dan gua dah maklumkan ketua kelas. Lewat satu perkara, tak buat kerja dalam kelas. Kalau pandai, gua tak kisah. Tetapi tidaklah pula bodoh mahupun bebal, cuma perlu diajar dan belajar. Gua tak pernah cakap pelajar gua bodoh, mereka perlukan ilmu. Apa yang gua tau gua ajar. Gua tak mintak duit lebih, Kementerian Pengajian Tinggi dah bayar gaji gua.

Tetapi, apa yang penting?? Bukan kerjasama. Ini bukan entri si adiwira Wonderpets. Sikap sedara, sikap. Cuba tunjuk minat nak belajar.

Selesai dua najis. Gua tengah mengajar, berani pula buat suara pondan (dengar tapi macam tak dengar) "nak balik". "Nak balik? baliklah. Kedatangan dah ambil, baliklah" kata gua (ayat tersebut adalah dalam versi sopan). Diam. Gua pusing badan, terus dengar orang berbual.

Salah gua sebab tak suka maki-maki orang. Gua hormat pelajar gua. Gua layan macam orang dewasa. Tapi ini yang gua dapat. Mungkin gua patut belajar maki orang sampai orang rasa diri tiada harga. Macam tahi cicak, tak boleh buat baja, cuma boleh buat orang terbakar hatinya sebab terpijak selepas ambil wudhu' lalu terbatal wudhu'nya.

Mungkin, tapi gua yakin.
Posted in Genre | 1 Comment »

1 orang dah komen:

syzn n her fragile heart said...

hish jgn kate ko. kdg2 aku buat buatakn sebelah mate (turn a blind eye) bile student aku buat hal tp aku rs remeh. xkn nk maki 24jam kot kan? tsk tsk tsk