Air part 2

Tuesday, May 4, 2010 by Indra

Pada Hari Buruh (01 Mei 2010, Sabtu) yang lalu, saya melawat ibukota. Sebelum ke ibukota, saya turun di sebuah pusat membeli-belah dia USJ. Sementara menanti teman wanita (tunang sebenarnya, cuma terma teman wanita saya rasa lebih glamour..hehe!) saya tiba, saya ke tandas dulu untuk menyelesaikan apa-apa urusan yang dirasakan perlu.

Ketika saya mencuci tangan di sinki, saya terpandang satu tap air tidak ditutup. Tiba-tiba saya terdengar suara remaja lelaki di belakang saya berkata "ish, air tak tutup..nanti dah takde air kat dunia ni baru tau.." sambil menutup tap air tersebut.

Saya jadi kaget. Sambil mata mencari-cari kalau-kalau ada kamera di situ. Khuatir juga saya, manalah tahu sedang berlangsung rakaman iklan jimatkan air, segan pula saya. Lega. Tiada kamera, ternyata ianya bukan rakaman iklan komersial oleh SYABAS.

Moralnya? Tutup tap air selepas kita menggunakannya.

P/s: rasa bangga dengan remaja tersebut, kamu memang "true"!
Posted in Genre | 1 Comment »

1 orang dah komen:

syzn n her fragile heart said...

ko kne blaja dgn nazlin la bab2 environmentalist hahahaha :D