Jumaat lepas, 4 Mac 2011, aku dengan isteri balik Kuching. Hajat di hati kami berdua nak menziarah pakcik isteri aku yang tenat di hospital. Tapi, Allah dah ada rancangan lain untuk kami bertiga.
Kira-kira jam 9.20 - 9.40 malam (tak pasti waktu sebenar), pakcik isteri aku atau lebih dikenali sebagai Wa di kalangan anak-anak buahnya, telah dijemput Yang Maha Esa. Aku dan isteri tiba di Kuching Airport antara jam 10 - 10.15 malam. jarak masa kurang satu jam. Sedih.
Namun, apakan daya... janji Allah kepada hamba-Nya, tidak akan pernah awal ataupun lewat. Bila tiba waktu yang dijanjikan, janji itu pasti dilunaskan.
Rancangan untuk menziarah orang sakit digantikan Allah dengan menziarah jenazah.
Al- Fatihah.



0 orang dah komen:
Post a Comment