Selamat Hari Raya!

Tuesday, September 28, 2010 by Indra
Dari hari ke hari nak tulis entri ni, tak kesampaian. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Maaf kerana ucapannya agak lewat.

Aidilfitri tahun ini sungguh meriah! Aku berjaya menziarahi tiga buah rumah. Diulangi TIGA buah rumah saja. Rumah nenek sebelah bonda, rumah makcik (adik bonda aku) dan rumah nenek sebelah ayahanda. Aku yakin ini adalah Aidilfitri yang terakhir aku buat kerja gila ni.

InsyaAllah, panjang umur ada jodoh, tahun depan aku beraya di Kuching. Jangan mimpilah nak bersenang-lenang tonton Astro di hari raya. Tambahan pula baju Melayu adalah uniform yang wajib dipakai ketika beraya ke rumah orang!

Tak mengapa, itu hijrah bagi aku. Bagaimanalah perasaan berhari raya jauh dari kampung halaman? Aku tak pernah tak balik raya. Paling kodi pun, aku balik kampung untuk Aidiladha di pagi raya. Habis kodi lah tu.

Namun, kata orang "jauh di mata dekat di telinga". Telefon sajalah.

Maaf Zahir dan Batin aku mohon dari kalian.
Posted in | 2 Comments »

2 orang dah komen:

Ika said...

kodi la sgt...
:p...pdan muka pasni xde la nk wat keje giler lgi..braya kt kuching kna jdi bek...
klu x saham jatuh la..haha..sape ni?ala...suami...so kna la bek2..

Indra said...

huhuhu!