
Ya, 53 tahun. Tidak, bukan usia saya, tetapi 53 tahun sudah berlalu semenjak pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Banyak yang dah berubah...kalau dulu bangunan yang paling tinggi kita miliki adalah kubah-kubah masjid, tokong-tokong dan kuil, kini kita punya bangunan yang pernah dimasyhurkan sebagai bangunan tertinggi di dunia. Kita punya litar lumba bertaraf dunia. Kalau dulu kita hanya menghantar pelajar kita keluar negara, tapi kini kita juga mengambil pelajar dari luar negara. Kita juga punya kereta nasional, walaupun tidak setanding Toyota, Honda dan sebagainya, namun kita punya jenama kereta sendiri.
Tidakkah kita bangga? Saya bangga, anda bagaimana? Tepuk dada, tanya selera. Mungkin juga anda boleh tepuk dahi anda atau rakan-rakan yang lain juga (sebagai alternatif andai sudah jemu bertepuk dada atau bertepuk sebelah tangan). Saya bangga dengan Malaysia saya. Ada orang sanggup mencemarkan tangan mereka dengan najis manusia semata-mata mahu melumurkannya pada Jalur Gemilang kita. Betapa hebatnya Jalur Gemilang, begitulah hebatnya Malaysia saya ini. Ramai yang cemburu dengan kemakmuran yang kita miliki ini. Berbanggalah kita dan bersedialah kita untuk mempertahankannya.
Selamat Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 53 dan Selamat Menyambut Hari Malaysia!



1 orang dah komen:
cantik that face paint
Post a Comment