Kisah Kita dan Penjara Pudu

Friday, July 2, 2010 by Indra

Penjara Pudu, 1895 - 2010. Dirobohkan pada jam 10 malam, 22 Jun 2010. Mungkin secara zahirnya ketika itu, ia tidak dirobohkan sepenuhnya. Namun, kerja-kerja merobohkannya seolah-olah mengisytiharkan tarikh kematiannya.
Ramai yang kecewa kerana tindakan tersebut. Kata mereka, Penjara Pudu adalah salah satu ikon sejarah negara. Bagaimanapun, pihak yang lain mengatakan Penjara Pudu bukanlah sejarah yang perlu kita banggakan. Aku? Aku dipihak yang kecewa.
Aku kecewa, aku ralat. Sebahagiannya adalah silap aku sendiri. Selalu juga aku lalui Penjara Pudu ketika hayatnya, baik dengan kereta mahupun monorail. Sekadar memandang. Tak pernah sekali pun aku bergambar di situ. Sekarang, Penjara Pudu sudah mati. Aku takkan berpeluang bergambar di situ lagi, sampai bila-bila.
Itulah lumrah manusia. Tak pernah menghargai dan menghayati apa yang dimiliki, sehinggalah ianya tiada lagi atau bukan lagi milik kita. Ya, tidak semua begitu, tapi aku tergolong dalam gerombolan manusia itu.
Kita (aku) sering bersikap acuh tak acuh tentang pelbagai perkara. Kemudian kita (aku jugak tu) menyesal kerana tidak lagi diberi peluang untuk menebus apa yang telah kita hilang.
Begitulah halnya dengan Penjara Pudu. Andainya rakyat Malaysia diuji Tuhan dengan aku, Nazrie Hassim menjadi Perdana Menteri Malaysia sekalipun, Penjara Pudu tidak akan dibina semula, semata-mata kerana aku ingin bergambar di sana.
Kita (aku lagi) sedar akan hakikat ini (bukan Nazrie Hassim sebagai PM), namun mengapa sukar untuk kita menghargai segala yang kita miliki hari ini?

P/s: Entri ini disiapkan oleh Indra jam 8.30 malam, pada 19 Julai 2010.
Posted in Genre | 2 Comments »

2 orang dah komen:

Mundane Munster said...

ha aku pon br je ckp ngan kwn2 aku psl ni. ade je peluang pegi tgkp gamba kt penjara pudu sebelom ni, tp ntah kenape malas nak mampos.

skang terimalah akibatnye.

btw, kalo ko perdana menteri Malaysia, aku rela jadi warganegara afrika selatan. NO!

Indra said...

ko memang tak tahan ujian la...