Macam selalu, lepas solat jumaat di masjid Batu Gajah, aku dan rakan-rakan sekerja akan singgah makan, minum dan hisap rokok (yang merokok la) di warung ni. Idah Goreng Pisang. Kadang-kala kami panggil Idah & Son. Sebabnya? Sebelah warung ni ada satu kedai runcit, Esah & Son namanya.
Jadi, seperti biasa, sambil makan, minum dan merokok, mestilah berbual, kan?
"aku ingat bila kete tu keluar, aku nak tukar sport rim hari tu jugak la" kata Shahriman. Memang kami tau dia nak beli kereta baru.
"tapi tak void ke warranty kete ngko tu nanti Man?" soal aku dengan penuh takzimnya.
"ape pulak voidnya? tak kot" balas Shariman.
"ish, baik ngko tanya dengan dealer dia, kang buatnya warranty void, tersengih-sengih ngko nanti, kete mahal tu" aku balas balik cakap dia.
"hmm, betul jugak tu" Shahriman mengiyakan idea bernas aku. "idea ko ni bagus jugak kadang-kadang kan?" sambung mamat tu.
"KADANG-KADANG je?'" soal aku dalam nada tak puas hati.
Gang yang lain semua dah tergelak-gelak dah.
"eh, terasa pulak, relax la bro!" kata Shahriman cuba memujuk.
Aku tak cerita panjang, terus terbalikkan meja sebelah,kalau aku terbalikkan meja kami, tumpahlah air aku. Rugi.
Amukkan aku tak berhenti di situ, dengan pantas aku lempang sorang budak sekolah yang tengah 'shuffle' kat tepi jalan tu. Terus dia lari dengan 'shuffle' laju-laju. Bimbang dilempang lagi agaknya.
Seperti yang aku jangka, insiden tu memang jadi bahan, cis! Berhari-hari jugalah bertahan lawak keji tu.



0 orang dah komen:
Post a Comment