
Jam dah pun pukul 3.18 pagi dan mata gua masih terkelip-kelip. Tadi dah tidur dari lepas maghrib, sekarang tak boleh tidur lagi. Keletuk keletak bunyi papan kekunci gua ketuk untuk taip entri ni.
Gua paling tak gemar situasi macam ni. Bila sendirian macam ni, mulalah otak kreatif gua ni berangan-angan itu dan ini. Kalau boleh gua nak produktif sedikit, tapi tak semudah itu. Otak gua tak setuju dengan gua.
Mengapa mesti otak ni memikirkan perkara yang tak mungkin? Perkara yang gua suka, tapi gua tak mungkin buat? Perkara yang gua takkan dapat? Mahu saja gua jerit "Kepala otak lu la otak!" tapi seperti memaki diri sendiri pula. Itu tak bagus.
Sekarang jam 3.29 pagi. Gua rasa bagus gua paksa diri untuk tidur. Biarlah gua sedikit kejam, untuk kebaikan gua juga. Chow dululah!
p/s: masih dalam mood rock selepas konsert Search



0 orang dah komen:
Post a Comment