
Petang tadi saya lihat pelangi. Tapi saya tak berani nak tuding jari penunjuk, takut jari kudung. Bahaya, kata orang dulu-dulu. Mungkin pernah ada kes. Bahaya. Lama tak nampak pelangi. Cantik. Indah. Unik. Ciptaan Dia. Alhamdulillah. Sekian perihal pelangi. Kebelakangan ni, saya mulai terasa yang blog ni dah macam blog nasihat-nasihat. Dah macam blog uncle-uncle. This is not fun. Tak muda. Tak remaja (macam saya). Walaupun audience (adalah seorang dua) saya muda-muda (sedikit dari saya) dan memerlukan nasihat, tetapi bukan ini yang saya inginkan dari blog ini. Nanti saya jadi kaunselor pula, tak rock lah kalau begitu. Hmm...jadi? Tak mahu beri nasihat lagilah. Saya mahu merapu sahaja, mungkin blog ni akan nampak muda. Nampaknya saya dah mula merapu, ini bahaya. Saya jalan dululah, nanti dah penat jalan, saya sambung lagi.



2 orang dah komen:
aku termasuk ke dlm list audience tu? ahahahah :P
ye, hahaha!
Post a Comment